Isnin, 20 Disember 2010

Ambo SokonG ISA,Demo Lagu Mana..???

Apakah Itu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Akta Ini Adalah Salah Satu Undang-Undang Pencegahan Yang Digubal Di Bawah Perkara 149,Perlembagaan Persekutuan.Ia Telah Dikuatkuasakan Di Semenanjung Malaysia Pada 1 Ogos 1960 Dan Diperluaskan Penguatkuasaannya Di Sabah Dan Sarawak Pada 16 September 1963.

Apakah Tujuan-Tujuan ISA?

Tujuan ISA Adalah Untuk Mengelakkan Dari Berlaku Ancaman Keselamatan, Ketenteraman Awam Dan Keamanan Negara Yang Dilakukan Oleh Individu Atau Kumpulan Tertentu Yang Bertujuan Menganggu-Gugat Keamanan Dan Kestabilan Negara.

ISA pernah dipinda beberapa kali pada tahun-tahun berikut: 
1) 1962 
2) 1963 
3) 1964 
4) 1965 
5) 1966 
6) 1969 
7) 1989

Contoh-Contoh Kes Yang Membabitkan Tindakan ISA Ialah PKM,Mei 13,Operasi Lalang dan Al-Maunnah

  • ISA Tidak Bermotif Untuk Menganayai Sesiapa Juga Yang Ditahan Oleh Polis.Mereka Ditahan Berasaskan Kepada Kegiatan-Kegiatan Yang Boleh Mengganggu-Gugat Keselamatan Dan Ketenteraman Awam Termasuklah Sabotaj,Subversif,Pengintipan(espionage),Ekstremis Agama Dan Kaum, Keganasan Dan Militan.
  • Selain Itu,Maklumat Risikan Dari Dalam Dan Luar Negera Terutamanya Dari Badan-Badan Keselamatan Awam Negara Luar Juga Diambil Kira.Penilaian Tahanan ISA Diasaskan Kepada Maklumat Terperinci Pihak Polis.Sekiranya Tiada Sebarang Bukti,Tahanan Dibebaskan Mengikut Masa Tertentu.Peruntukan Undang-Undang Kanun Acara Jenayah Dan Kanun Keseksaan,Tidak Mempunyai Peruntukan Untuk Membicarakan Kes-Kes ISA.
  • Antara Peruntukan Syarat Utama Bagi Penggunaan Akta ISA Ini Adalah:-
1.Prosedur Penangkapan 
2.Proses Siasatan Sebelum Tangkapan Dibuat 
3.Kelengkapan Laporan Risikan Dan teori pembuktian
4.Pengesahan Maklumat Daripada Pemberi Sumber
5.Bukti Bukti Tertentu Yang Dikaitkan Dengan Penglibatan Suspek.
  • DIAKUI TERDAPAT TAHAN POLTIK ,DAN KENAPA MEREKA-MEREKA DI TAHAN DI BAWAH AKTA INI? PADA KEBIASAANYA MEREKA TERLIBAT DALAM AKTIVITI BERBENTUK HASUTAN SEHINGGA BOLEH MENDATANGKAN KEMUJDARATAN KEPADA KEADAAN KESTABILAN KESELELAMTAN NEGARA DIMANA ISU INI TIDAK BOLEH DIAMBIL RINGAN DAN KMPROMI KEATASNYA.    

3 ulasan:

  1. ISA MENCAB0L HAK ASASI & MENGHUKUM TANPA BICARA ! Apakah dgn tindakan membelasah tahanan separuh mati dan memenjarakan mereka sehingga bertahun-tahun lamanya tanpa perbicaraan dan tanpa bukti termas0k dalam pendekatan pemulihan akhlak??Apakah dgn meny0al siasat mereka ...selama berhari-hari tanpa tid0r yang mencukupi sebahagian daripada pemulihan??Apakah mendesak mereka membuat kenyataan dan pengakuan palsu juga kaedah pemulihan akhlak??Apakah memisahkan isteri dan anak-anak dari mereka serta memecahbelahkan rumah tangga termasuk dalam tafsir pemulihan akhlak??Apakah kemas0kan anak-anak mereka ke dalam wad psikiatri akibat sakit jiwa bukan satu penganiayaan??Apakah ini juga sebahagian daripada pendekatan pemulihan akhlak??Pencacai2 umn0n0k sila nafikan jika perkara ini semua tidak berlaku di bawah ISA!..(itu p0n kalau ada tel0r lah..xixixixixixixi)

    BalasPadam
  2. LEE KUAN YEW /LEE SHEN LEONG / Sendiri menyatakan bahawa ISA teramat perlu didalam sesebuah negara yang mempunyai berbilang bangsa.
    Kalau di US lagi teruk dimana terdapatnya Pusat tahanan GUATANAMO.
    DiBRITAIN terdapat pulau st.June yang berfungsi sama seperti Guanatamo.
    DiCINA pesalah akan dibicarakan oleh makamah TENTERA !
    DiIndia pesalah akan dibicarakan oleh ORANG RAMAI....
    Jadi.... ISA itu perlu untuk memastikan kerajaan yang ada itu stabil dan dapat mengawal manusia yang DURJANA !

    BalasPadam
  3. ISA perlu untuk keselamatan negara...

    BalasPadam