Sabtu, 22 Januari 2011

Bersatu Kita Teguh,Bercerai Jangan Sekali.

Untuk meneruskan misi menawan Kota Darulnaim pada pilihanraya umum datang Gelombang Merah bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan blogger-blogger anak Kelantan yang sama misi perjuangannya dengan kami bagi mengedarkan maklumat-maklumat yang kami ada untuk disiarkan di blog masing-masing serta menggerakkan serangan secara terancang dan berpadu dalam usaha untuk menumbangkan Pas di Kelantan.

Kami tidak mampu untuk melakukan secara bersendirian,begitu juga dengan anda.Maka adalah lebih baik kita duduk bersama, satukan tenaga, dan kita serang secara berpadu agar musuh dapat ditumbangkan dengan satu serangan sahaja.

Oleh itu kami bercadang untuk menggerakan misi menghimpun blogger-blogger yang berasal dari Kelantan di bawah satu payung.

Mana-mana blogger anak Kelantan yang berminat dan merasakan dirinya boleh bekerjasama di bawah satu pasukan,sila hantar komen kepada kami dan dinyatakan alamat blog serta cara kami untuk kami menghubungi anda, samada nombor telefon atau alamat e mel anda.Kami berjanji tidak akan menyiarkan komen-komen tersebut.

Untuk mengelakkan berlakunya penipuan dari pihak-pihak musuh, kami hanya akan memilih blogger-blogger Kelantan yang telah mempunyai blog sahaja. Kami akan nilai anda semua melalui blog samada anda benar-benar tulen sealiran dengan kami atau ada pihak yang cuba menyamar.

Bersama kita menjayakan misi menawan Kota Darulnaim.

MJ

Tiada ulasan:

Catat Ulasan